Peperiksaan akhir

Alhamdulillah, akhirnya selesai peperiksaan akhir bagi Semester 1 sesi 2016/2017. Sebagai penyelaras program prasiswazah juga, saya telah selesai menyemak, membacakan dan membincangkan markah semua pelajar Program Pentadbiran dan Pembangunan Tanah dari Tahun 1 hingga Tahun 4.
Namun, bukan urusan pengesahan markah pelajar yang hendak saya sentuh hari ini. Setelah lama blog saya ini berdiam, hari ini terpanggil untuk kemaskini dengan cerita tentang peperiksaan akhir.
Semester 1 sesi 2016/2017, saya mengajar dua kursus dengan 3 kumpulan pelajar kesemuanya. Satu kumpulan pelajar prasiswazah dan dua kumpulan pelajar di peringkat pascasiswazah.
Beberapa minggu sebelum ini adalah waktu kritikal semua pensyarah menilai dan memberi markah kepada jawapan pelajar-pelajar dalam buku jawapan peperiksaan akhir. Sangat memenatkan malah mendebarkan kerana ia bakal mencerminkan sejauhmana pelajar memahami intipati kursus yang telah diajar lebih kurang 14 minggu.
Namun, bukan isu faham atau tidak faham yang saya hendak bangkitkan. Tetapi sejauhmana pelajar mengambil berat kehendak setiap soalan yang tertulis di dalam buku soalan. Contohnya, soalan berkehendakkan pelajar menjelaskan 5 perkara yang mempengaruhi(….). Tahniah kepada pelajar yang berjaya menjawab dengan tepat dan baik. Namun, ada di antara pelajar yang lain saya kira bukannya tidak tahu apa jawapannya tetapi sebaliknya cuai ketika menjawab. Dari menjelaskan 5 perkara, pelajar sebaliknya menjelaskan hanya 1 perkara tapi lima perenggan panjangnya! Dan ia berakhir di situ sampai saya terbelek-belek muka surat lain manalah tahu kalau pelajar terlangkau muka surat semasa menjawab.
Ruginya kan? Kecuaian seperti ini boleh menyebabkan pelajar hilang hampir 20 markah!!!!
Jadi, sentiasalah berhati-hati ketika menjawab. Mungkin terlalu laju berfikir melangkaui keupayaan tangan yang menulis menyebabkan pelajar terlupa kehendak soalan yang sebenar.
Macam sayaselalu pesan kepada anak saya (Adam) setiap kali dia menduduki peperiksaan (baru masuk darjah 3)..”kalau Adam dah habis jawab dan masa masih ada lagi..jangan lupa semak semula jawapan Adam”.

20160831_105942

*Gambar: Jom baca komik dengan Adam dan Naurah

http://fght.utm.my/ainurzaireen/2015/12/20/595/

KHAMIS, 17 DISEMBER 2015 @ 4:15 PM Hang Tuah: Melaka sedia dana penyelidikan Oleh Fairuz Zaidan MELAKA: Kerajaan Melaka bersedia membantu penyelidik tempatan termasuk mendapatkan dana bagi membolehkan satu kajian menyeluruh mengenai kewujudan … [Continue reading]

Aidilfitri 2014

[Continue reading]

Undergraduate Poster Competition 2015

Program yang julung kalinya diadakan di peringkat fakulti geoinformasi dan harta tanah melibatkan dua program prasiswazah iaitu: 1. Sarjana Muda Sains Pentadbiran & Pembangunan Tanah 2. Sarjana Muda Sains Pengurusan Harta Tanah … [Continue reading]

Sijil Pengajaran Pengajian Tinggi 2014 (SPPT)

Telah hadir dengan jayanya Kursus SPPT 2014. Alhamdulillah. … [Continue reading]

belajar menulis

hands on bersama Prof. Dr. Kamaruzaman Jusoh semasa kursus penulisan high-impact journal. Alhamdulillah artikel yang ditulis ini telah diterbutkan dalam Jurnal Advanced Science Letters (Scopus indexed) pada Mei 2015. … [Continue reading]

~ ikhlas ~

[Continue reading]

My quick image post

[Continue reading]

My quick status post

Sejak kebelakangan ini saya sering mencari-cari mutiara kata dari 'hamka' atau nama sebenarnya (Prof. Dr.) Haji Abdul Malik Karim Amrullah. Hamka bukanlah satu nama asing. Berasal dari Indonesia, merupakan seorang ulama, novelis, ahli falsafah serta … [Continue reading]

My quick status post

~ malas ~ Salah satu pengkerdilan terkejam dalam hidup adalah membiarkan pikiran yang cemerlang menjadi budak bagi tubuh yang malas, yang mendahulukan istirahat sebelum lelah. - hamka … [Continue reading]