Duit PTPTN Belum Masuk…

Habis kelas hampir pukul 1pm tadi, aku terasa lapar. Akupun pergi ke Kafe di Fakulti Alam Bina (FAB).

Tengok-tengok lauk tetapi nampak tidak menyelerakan, tambah-tambah lagi bila nampak ikan keli goreng dan gulai ikan keli yang besar-besar. Aku memang dari kecil tak makan ikan darat dan ikan sungai.

Lauk lain banyak lagi tetapi…

Akupun ‘order’ mee bandung. Dah tiga kali aku ke Kafe ini dan ketiga-tiga kalinya aku pesan mee bandung. Mee bandung di sini bagi aku boleh dikatakan sedap juga.

Sebelum mee bandung siap, aku memakan 3 ketul cucur (cengkodok) dan meminum teh O kurang manis di sebuah meja. Kemudian datang 2 orang pelajar duduk di meja yang sama dengan ku. Aku lihat kedua-dua pinggan nasi pelajar ini tiada lauk, hanya ada sayur-sayuran dan tempe sahaja dan nasinya penuh pinggan.

“Adik kursus apa?”, tanyaku memulakan perbualan. “Kami kursus Geoinfo”, balas salah seorang dari mereka.

“Mana lauknya?”, tanya aku lagi. “Malam nanti”, jawab mereka. Aku dapat mengagak maksudnya iaitu pada waktu tengahari makan tanpa lauk tetapi malam nanti baru makan nasi bersama lauk.

Agak kronik juga. Cuma kes ini tidaklah seteruk dengan kes pelajar aku yang makan hanya sekali sehari dulu. Makan tengahari nasi penuh pinggan dengan berlaukkan telur. Malam tak makan manakala hari Isnin dan Khamis berpuasa.

Kes ini terjadi lebih sepuluh tahun yang lalu… Pelajar aku membeli kad pengenalan palsu di Pejabat Pendaftaran Sabah dengan harga RM600. Akhirnya, pelajar tersebut tidak berupaya untuk mendapat pinjaman PTPTN! Walaupun tanpa wang beliau akhirnya berjaya juga menghabiskan pelajarannya. Ini bertepatan dengan pepatah Inggeris, “If there is a will, there is a way!”.

Cerita hari ini pula, kedua-dua pelajar tersebut dari fakulti ku, Fakulti Geoinformasi dan Harta Tanah. Mereka telah memohon PTPTN tetapi duit belum masuk. Mereka pelajar tahun pertama.

Seorang darinya merupakan anak kedua dari 4 orang adik beradik. Bapa bekerja sebagai pemandu lori minyak dan berasal dari Kulai. Manakala seorang lagi, anak pertama dari 2 orang adik beradik dan bapa bekerja sebagai ‘supervisor’ di sebuah kilang. Emak mereka tidak bekerja.

Saya sempat bertanya harga nasi yang mereka makan. RM2 bersama air kosong!

Hmmm. Saya cuma terkenang terhadap gelagat anak-anak di rumah apabila tiba waktu makan. Ada yang agak ‘choosy’, ada yang tak kesahpun dan ada yang tetap memilih maggi berbanding dengan makan nasi…

Balik ke Kelantan untuk Raya Haji 2017

Banyak peristiwa yang berlaku semasa balik ke Kelantan pada cuti Hari Raya Haji yang lalu. Kami balik dengan 2 buah kereta bertolak dari Johor Bahru pada 28hb Ogos (malam) dan sampai di Pengkalan Chepa lebih kurang pukul 9 pagi, 29hb. Ogos … [Continue reading]

ALK KUTMB

Kita dilantik tanpa kita melobi untuk mendapatkan jawatan. Kita juga tahu bahawa jawatan ini adalah suatu amanah yang akan ditanya oleh Allah SWT apabila kita menemuiNya nanti. Amanah yang dipikul bagi memenuhi aspirasi kesemua ahli KUTMB. Saya … [Continue reading]

Nostalgia Gambar-Gambar Lama…

Aku baru menerima sekeping gambar lama, dikirim oleh Tn. Hj. Aziz Mohamad Zaman sekejap tadi. Ia mengembalikan ingatan nostalgia lama. Gambarku dengan kereta Datsun B210 yang dikongsi oleh kami 3 orang iaitu aku, Aziz Mohamad Zaman dan YB Dato … [Continue reading]

Air Dicincang Tidak Akan Putus

Air dicincang tidak akan putus. Itulah peribahasa yang dikaitkan dengan hubungan kekeluargaan adik beradik. Walau macamanapun keadaan hubungan sesebuah keluarga, ia dikatakan tetap utuh! Betul ke? Berkelahi, tidak bertegur sapa, hilang tiada … [Continue reading]

Hargai Pengorbanan Orang Tua…

Saya bersekolah di sekolah kerajaan. Tiada duit yang dikeluarkan oleh orang tua saya untuk bayaran yuran bulanan, tahunan dan sebagainya. Tetapi saya seronok untuk ke sekolah walaupun berjalan kaki di tengah panas terik matahari saban hari dan … [Continue reading]

Family Outing…

We are having our family outing on the third day of Eid-ul-Fitri. We go bowling at Sahara Bowl in Angsana. Rarely, we have our family outings due to work schedule, extra money available and so on and so forth. But again without Kak Long... Kak … [Continue reading]

Kawan Datang Ziarah Raya…

Hari Raya Eidul Fitri 2017 yang pertama didatangi oleh 2 famili, kenalan dari USA. Keluarga Wan Razani yang mana saya mengenali beliau di Lafayette, Louisiana sekitar tahun 1984-1986. Walau bagaimanapun Jani Ace (Wan Razani) sebelum ni pernah … [Continue reading]

Eid-Ul-Fitri 2017

Alhamdulillah dapat juga beramal di bulan Ramadhan 2017. Tetapi terasa begitu cepat sekali masa berlalu. Tup tap tup tap, dah beraya hari ni... Ya Allah, Engkau sampaikan lagi daku ke bulan Ramadhan pada tahun depan. Peluang yang Allah berikan … [Continue reading]

Kancil Oh Kancil

Kancil yang telah berkhidmat sejak tahun 2003 ku bawa untuk diservis. Agak lama juga tidak diselia dan diselenggara kereta ini. Mungkin hampir setahun. Hanya ditambah minyak hitam dan airnya dan terus jalan. Bukan apa... kerana jarang … [Continue reading]